KUCHING, 2 Februari – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi bersama Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg menghadiri Majlis Pelancaran dua buah buku bertajuk Pejuang Sejati: Dari Rimba Ke Astana dan 365 Days in Astana bertempat di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak pada malam ini.
Buku Pejuang Sejati: Dari Rimba Ke Astana menceritakan perjalanan kerjaya TYT daripada seorang pegawai polis hingga dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-8 pada 26 Januari 2024.
Manakala “Buku 365 Days In Astana: The Story and Portraits of TYT Sarawak Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar' yang telah didokumentasikan dalam bentuk 'photo-book' dengan menghimpunkan gambar-gambar kisah perjalanan hidup TYT selama satu tahun sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak sejak 26 Januari 2024 disamping kapsyen gambar yang menjelaskan peristiwa-peristiwa yang telah dirakamkan.
Pengarang buku tersebut adalah hasil karya penulisan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suara Sarawak dan Sarawak Tribune, Datuk Dr. Jeniri Amir, dengan kerjasama Editor Eksekutif Suara Sarawak, Rohana Wahed.
Hadir sama di majlis tersebut adalah Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Menteri-Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan-Timbalan Menteri Kabinet Sarawak, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Peguam Besar Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Buckland Bangik, Ketua-Ketua Jabatan serta tetamu kehormat yang lain.